Categories: Berita Lain

KES SUMBANG MAHRAM, BAPA DIPENJARA 48 TAHUN

Gambar Hiasan



PUTRAJAYA: Seorang bapa berusia 36 tahun dijatuhi hukuman
penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kerana didakwa dengan 623 pertuduhan
sumbang mahram, serangan seksual dan liwat terhadap anak perempuan berusia 15
tahun, termasuk meliwat mangsa di Makkah.


Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak, Yong
Zarida Sazali menjatuhkan hukuman tersebut selepas bapa tiga anak perempuan itu
mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada Jumaat.

Yong Zarida menjatuhkan hukuman penjara kepada lelaki itu
selama 28 tahun kerana melakukan sumbang mahram, serangan seksual fizikal tanpa
persetubuhan dan mengabaikan dan mendera anak secara seksual.

Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun penjara di
atas tuduhan meliwat mangsa.
Hakim memerintahkan hukuman dijalankan bermula 26 Julai
lalu, pada hari tertuduh ditangkap.

Lelaki yang merupakan ejen unit amanah itu menghadapi 591
pertuduhan kerana meliwat anak perempuannya, 30 pertuduhan kerana seksual
secara fizikal, dan satu lagi pertuduhan kerana mendera mangsa.

Dia didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali antara
Januari dan Julai tahun ini, kecuali dua hari sebelum Ramadan dan hari pertama
sebelum bulan puasa itu pada Mei lalu, lapor mstar online lagi.

Insiden berlaku di kediaman mereka di Petaling Jaya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh meliwat anak perempuannya
buat pertama kali semasa mereka mengerjakan Umrah di Makkah pada 3 April 2015.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala Notdalina Ali dan
Aimi Syazwani Sarmin merupakan timbalan pendakwa raya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago