Categories: Berita Lain

NAHAS LATAR: PEMANDU MENGAKU TAK BERSALAH REMPUH ATLET



KUALA SELANGOR: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda
yang mengakibatkan kemalangan empat altet berbasikal Sukan PARA ASEAN pada pagi
Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh Anuar Wahab, 46 tahun yang merupakan peniaga
makanan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret
Abdul Jalil Salam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 12.5
Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
kira-kira jam 10.45 pagi semalam mengikut Seksyen 42 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara tidak lebih
lima tahun dan denda maksimum RM15,000.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000  dengan seorang penjamin selain perlu melapor
diri setiap bulan di balai polis berhampiran
dan menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Menurut laporan Astro Awani, dalam kemalangan kira-kira 10.45 pagi itu, lima orang
termasuk dua atlet berbasikal para negara cedera dirempuh kenderaan ketika
menjalani latihan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah V.M.
Abdul Latif manakala tertuduh diwakili peguam, M Saravanan.
Dua daripada mereka terbabit ialah Khairul Nizam Mohd Ali,
19 tahun dan Mohd Khairul Hazwan Wahab, 25 tahun yang juga merupakan prospek
emas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadual pada 17 hingga 23 Sept
ini.
Tiga lagi mangsa ialah jurulatih mereka, Johari Nayan, 42
tahun, serta jurumudi Nor Rizuan Zainal, 31 tahun dan Syariq Suhaimy, 25 tahun.
Lewat petang semalam, pihak LATAR telah mengeluarkan
kenyataan menegaskan bahawa sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah
dilarang sama sekali, sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago