Connect with us

Berita Lain

PATUTNYA BOLEH BINCANG BUKAN LAPOR POLIS, KATA JAMAL

Foto: The Star Online

PUCHONG – Tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas beliau
menyatakan hasrat mahu mengatasi masalah judi di Selangor didakwa sebagai
pelik.
Jamal yang juga Pengerusi Persatuan Gabungan NGO Malaysia
berkata, beliau tiada masalah jika ada pihak membuat laporan polis namun
sekiranya mementingkan rakyat, pihak itu sepatutnya mengadakan perbincangan
bersamanya.
“Sepatutnya boleh bincang, bukan lapor polis dan
menyalahkan diri saya,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Program
Sentuhan Kasih Aidiladha 2017, di Rumah Sentuhan Kasih Al-Qalam di sini,
semalam.
Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar berkata, baru-baru
ini  hanya mengeluarkan kenyataan dan
membuat gimik menghayun penukul memecahkan sebuah meja ketika sidang media di
Ampang bagi menunjukkan tindakan bakal diambilya untuk menangani masalah
perjudian di negeri ini, lapor sinar online lagi.
“Sepatutnya bila kami buat sidang media mengenai kegusaran
peningkatan gejala mesin judi di Selangor, pemimpin NGO lain patut  sambut baik dan buat laporan berapa banyak
kedai judi di kawasan masing-masing.

“Ini tidak.. ada pula yang buat laporan polis terhadap saya,
bukan nak tuduh tapi saya bimbang mereka ini mungkin terlibat atau ada terima
sesuatu daripada tauke-tauke judi,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel