Friday, December 12, 2025

Kedah Umum Esok Cuti, Berkabung Tujuh Hari

September 11, 2017
1 min read

ALOR SETAR 11 Sept. – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad
Bashah Md. Hanipah mengumumkan tempoh berkabung negeri selama tujuh hari mulai
hari ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah.
Beliau berkata demikian sewaktu mengumumkan kemangkatan
baginda di Wisma Darul Aman, di sini.
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 90, yang memerintah Kedah
selama 59 tahun, mangkat di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 2.30 petang
tadi.
Almarhum meninggalkan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun
dan tiga puteri.
Ahmad Bashah berkata, jenazah Tuanku Abdul Halim akan
disembahyangkan di Istana Anak Bukit pada pukul 10.30 pagi esok.
Menurut beliau, penghormatan terakhir bagi pembesar negeri
dan orang kenamaan, bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan terakhir pukul 1.30
petang manakala orang ramai pula antara pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah
hari.
“Jenazah almarhum akan disemayamkan di Dewan
Penghadapan Baru, Istana Anak Bukit untuk penghormatan terakhir mulai 11.30
pagi,” katanya.
Selain tempoh berkabung, Ahmad Bashah turut mengumumkan
bendera negeri dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh tersebut manakala
bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, semua bentuk hiburan,
keramaian dan perayaan turut dibatalkan.
“Sebagai tanda penghormatan ke atas kemangkatan
Almarhum, kerajaan negeri juga mengumumkan esok sebagai hari kelepasan am bagi
seluruh negeri ini.
“Bagaimanapun peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) pula akan berjalan seperti biasa,” katanya. 


— UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti