Connect with us

Berita Lain

“KITA BERSUARA SEKARANG DEMI ANAK CUCU MASA HADAPAN” – HASMAH

Foto: Karangkraf.com

KUALA LUMPUR – Wanita sering menjadi mangsa dalam apa jua
keadaan, tidak kira sama ada dari segi politik mahupun isu lain.
Menyedari situasi itu, bekas isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti
Hasmah Mohd Ali menasihatkan golongan wanita supaya membantah politik toksik
yang semakin berleluasa kini.

“Wanita ini mempunyai banyak peranan, sebagai isteri,
ibu, nenek, moyang dan juga sebagai ahli awam di dalam masyarakat.

“Wanita juga bertanggungjawab menjaga kebajikan semua
orang, namun konflik yang berlaku kini amatlah membimbangkan kita.
“Justeru, kita sebagai wanita bantah politik toksik dan
apa juga keganasan yang mencabar tahap asasi manusia,” katanya ketika
berucap pada perhimpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di sini hari ini.
Beliau turutt menekankan tentang pentingnya wanita untuk
bersuara pada hari ini.

“Kita bersuara hari ini bukanlah untuk diri kita
sekrang tetapi juga demi anak cucu pada masa hadapan.
“Usaha kita pada hari ini adalah untuk memberi peluang
pada anak cucu kita untuk hidup selesa dan tidak mirip pada keganasan.
“Lagipun, sebelum toksik masuk ke dalam badan, eloklah
kita hentikannya,” katanya.
Sementara itu, Siti Hasmah ketika ditemui berkata, beliau
terharu dengan sambutan orang ramai terhadap perhimpunan itu.
“Saya seronok melihat ramai wanita hadir hari ini,
terima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.

Foto: Free Malaysia Today 




Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel