Connect with us

Berita Lain

PENYAMUN GUNA PEDANG SAMURAI TERTANGGAL TOPENG, CICIR BARANG SEBELUM LARI


NIBONG TEBAL, 11 Sept — Empat warga Pakistan yang bekerja di
sebuah kedai perabot di Taman Seri Acheh di sini, cedera pada beberapa bahagian
badan selepas ditetak dengan pedang samurai dalam kejadian samun semalam.
Ketua polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee
Abdul Samad berkata dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, empat lelaki berusia
20 hingga 40 tahun berkenaan sedang membuka pintu kedai untuk memulakan
perniagaan.
“Tiba-tiba dua lelaki bertopeng datang ke arah mereka
dan menolak semua mangsa masuk ke dalam kereta serta berlaku pergelutan
sehingga menyebabkan topeng dipakai suspek tertanggal.
“Empat pekerja itu berjaya menahan dua suspek berkenaan
namun tiba-tiba seorang rakan mereka datang dan masuk ke dalam kedai serta
menyerang mangsa dengan menggunakan sebilah pedang samurai,” katanya.
Beliau berkata empat lelaki itu terpaksa melepaskan dua
suspek berkenaan kerana mengalami kecederaan selepas sekali lagi berlaku
pergelutan dengan lelaki bersenjatakan pedang samurai tersebut.
Shafee berkata tiga suspek lelaki itu melarikan tiga buah
telefon bimbit mangsa dan wang tunai sebanyak RM500 sebelum mereka melarikan
diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira.
Katanya semua mangsa dapat mengecam wajah tiga lelaki
dipercayai warga tempatan itu dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.
“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kedai perabot
itu namun pihak polis akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan
berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata polis turut menemui bebeberapa barang milik
suspek yang tercicir di kedai perabot berkenaan dan kes disiasat menurut
Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Semua warga Pakistan yang cedera itu masih menerima rawatan
di Hospital Parit Buntar, Perak dan dilaporkan stabil, katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel