Connect with us

Berita Lain

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mangkat Pada Usia 90 Tahun


ALOR SETAR 11 Sept. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan
oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah
dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman
petang ini. 


Baginda merupakan Pemerintah Kedah yang mencipta sejarah apabila ditabalkan
menjadi Yang Dipertuan Agong buat kali kedua pada tahun 2012. Kali pertama baginda ditabalkan menjadi yang dipertuan Agong adalah pada tahun 1970.

Tuanku Abdul Halim menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai
Yang Dipertuan Agong ke 14 pada Disember tahun lalu dan digantikan oleh
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. – 
Malaysian Update


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel