Connect with us

Berita Lain

SUNGGUH KEJAM…BELAH PERUT IBU UNTUK CULIK BAYI


BAYI perempuan ini baru berusia beberapa hari tetapi dia
telah mengalami kejadian paling tragis dalam hidupnya.
Ibunya, Savanna Lafontaine-Greywind, 22, telah dibunuh dan
perutnya dibelah dalam usaha untuk menculik bayi berkenaan.
Mayat wanita yang berasal dari North Dakota itu telah
dibuang ke dalam Sungai Merah dan hanya ditemui minggu lepas, setelah hilang 19
Ogos lalu.
Ketika itu, Savanna yang mengandung lapan bulan keluar dari
rumah untuk melawat jirannya.
Susulan itu seorang wanita, Crews, 38, dan kekasihnya,
Eilliam, 32, telah didakwa membunuh, menculik dan memberikan kenyataan palsu
kepada polis.
Bayi itu ditemui selepas Crews membawanya pulang ke rumahnya
di sebuah apartmen dan menunjukkannya kepada orang ramai
Crews sebelum ini memberitahu polis bahawa mangsa telah
memberikan bayi itu kepadanya namun akhirnya mengaku telah mengambil kesempatan
ke atas Savanna dalam usaha menculik bayi dalam kandungannya.
Bayi itu kini dalam jagaan bapanya yang merupakan kekasih
Savanna, Ashton serta ibu bapa Savanna.


— MYNEWSHUB.CC

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel