Connect with us

Berita Lain

12 jenazah dikebumi di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah

Foto: BH online

KUALA LUMPUR – Dua belas daripada 23 mangsa yang terkorban
dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung
akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di
sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata kesemua 12 jenazah itu akan disemadikan selewat-lewatnya hari
ini.
“Bagaimanapun, kita menunggu keputusan proses
pengecaman mayat mangsa yang dijangka selesai pada 3.30 petang ini.
“Sekiranya keputusan dikeluarkan awal, kita akan
segerakan proses pengebumian jenazah berkenaan,” katanya kepada pemberita
selepas meninjau keadaan di pusat tahfiz itu.
Jamil Khir berkata jenazah yang lain akan dikebumikan di
tanah perkuburan berdasarkan keputusan keluarga masing-masing.
“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
menyediakan enam pasukan khas untuk tujuan pengurusan jenazah kesemua 23 mangsa
kebakaran itu. Hanya tunggu keputusan ‘pengecaman identiti mangsa ‘(DVI),”
katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata baki jenazah yang terkorban
dalam tragedi, yang dianggap terburuk dekad ini, akan dikebumikan
selewat-lewatnya hari ini.
“Pada 8.30 pagi tadi, saya telah mempengerusikan
mesyuarat antara JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengenai
pengurusan jenazah. Kami juga sudah menghubungi majlis agama negeri di Perak
dan Kelantan,” katanya.
Mengiringi Jamil Khir ialah Timbalan Menteri di Jabatan
Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia Tan Sri Othman Mustapha.
Sementara itu, JAWI dalam satu kenyataan berkata  empat jenazah akan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Jalan Ampang dan masing-masing satu jenazah di tanah perkuburan di
Taman Kosas, Dato’ Keramat, Taman Medan, Jalan Klang Lama dan Bukit Kuari,
Cheras.
Tiga lagi jenazah, masing-masing akan dikebumikan di tanah
perkuburan di Paroi Jaya, Seremban (Negeri Sembilan), Pengkalan Kubur
(Kelantan) dan Sungkai (Perak).
Dalam pada itu, sepasukan anggota forensik polis dan bomba
masih menjalankan kerja penyiasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca
kebakaran termasuk kerja pengukuran terhadap elemen objek di tingkat 3 bangunan
tahfiz itu.
Dua puluh satu pelajar dan dua warden yang juga guru
terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu awal pagi semalam. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel