Saturday, November 15, 2025

Dr Mahathir Sebak Kehilangan Kawan Sejak Sekolah, Raja Yang Baik

September 13, 2017
1 min read



ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
antara individu yang rapat dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,
kerana saling mengenali sejak dibangku persekolahan.

“Kami kenal sejak kecil dan jarak usia hanya tiga tahun,
jadi hubungan rapat. Antara kisah yang masih saya ingat sampai sekarang adalah
masa sekolah terpaksa naik bas bersama Almarhum baginda dari Pulau Pinang,
sebab tak ada kereta,” katanya, ketika ditemui hadir di Istana Anak Bukit.
Menurutnya, ketika itu, Almarhum tidak sedikit pun
mengharapkan akan memerintah negeri namun siapa sangka baginda ditabalkan
sebagai Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali.
“Baginda komited laksana amanah sehingga tempoh lima tahun
berakhir, Almarhum amat mengambil berat masalah negara dan negeri Kedah,”
katanya.
Mahathir yang kelihatan sebak berkata, hubungan rapat mereka
tidak terjejas walaupun Almarhum ditabalkan sebagai Sultan Kedah, cuma kekangan
waktu menyebabkan kurang berjumpa.
“Baginda ada ramai kawan dan sikap mesra itu tetap ada
walaupun menjadi pemerintah negeri.
“Almarhum seorang individu yang berperwatakan menarik dan
suaranya lembut, kadang sukar nak dengar, perlu rapat untuk dengar dengan
jelas,” katanya.


— Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Positif COVID-19: Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Terkini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah disahkan positif

Kesihatan Tun Mahathir tunjuk peningkatan, berselera makan

Keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor telah menunjukkan