KUALA LUMPUR: Wujud elemen mencurigakan dalam kejadian
kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung di sini,
pagi tadi apabila ada antara mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning di
luar bilik asrama.
Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz
berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong
gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia
melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.

“Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2,
bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai
kesan dari tong gas yang terbakar.

“Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba
menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di
tangga berhampiran pintu bilik asrama,” katanya ketika ditemui di lokasi
kejadian.

Mohd Arif berkata, dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas
berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas
pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah, lapor BH Online lagi.

“Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku
tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di
situ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala
Lumpur, Khirudin Drahman, berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran di
pusat tahfiz itu bukan berpunca daripada litar pintas.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya
Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz
itu adalah di dalam keadaan baik.

“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar
daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar.
Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan
ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi),
kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan
mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin
menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya seperti
dilaporkan BERNAMA.

Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari
luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan
terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

“Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam,
bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi
beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab
itu mereka terperangkap,” katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz
itu terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi tadi.