Seorang pelajar tahfiz yang terkorban dalam kebakaran di
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini sempat memberi
ibunya surat, semalam.
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini sempat memberi
ibunya surat, semalam.
Norhayati Khalid,42, berkata, anaknya Amiel Asyraf Abdul
Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya.
Sebelum balik, dia beri saya surat,”
Sebelum balik, dia beri saya surat,”
“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya
ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya.
ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya.
“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan
ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya
ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk
masuk ke syurga Firdaus.”
ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk
masuk ke syurga Firdaus.”
Menurut Norhayati, dia mendapat panggilan pada 6 pagi tadi
sebelum ke lokasi kejadian.
sebelum ke lokasi kejadian.
“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada
mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.
mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.
Seramai 22 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.
Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.
Berita sedih itu disampaikan kepada media oleh Menteri
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

