Connect with us

Berita Lain

CCTV PPIM Rakam Penceroboh Berlegar-Legar Sebelum Kebakaran Pusat Tahfiz


KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di
pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang
lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis
bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kelibat
lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV
di pejabat PPIM.
Katanya, suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar
kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang
juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.
“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan
dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.
“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada
pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua
rakaman sejak pagi tadi.

“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki
terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat
PPIM,” katanya dalam sidang media sebentar tadi. – BH online


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel