Connect with us

Berita Lain

Lawatan Kerja PM Najib Ke AS Adalah Yang Terbaik, Kata Anifah



KUALA LUMPUR: Delegasi Malaysia menyifatkan lawatan kerja
perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) atas
jemputan Presiden negara itu Donald J. Trump adalah yang terbaik.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata ia juga
merupakan satu kebanggaan seluruh delegasi yang terlibat kali ini.
“Walaupun saya pernah me­ngiringi Datuk Seri Najib
menerusi beberapa lawatan dengan Raja, Presiden dan Perdana Menteri yang lain,
namun lawatan kerja AS kali ini mungkin boleh disifatkan sebagai terbaik.
“Hanya jika rakyat Malaysia dapat melihat dengan
sendiri kualiti yang dicapai dalam pertemuan tersebut hasil daripada
pengendalian Perdana Menteri yang diberi penghormatan oleh Presiden AS dan
delegasi beliau, akan membuatkan anda berasa bangga sebagai rakyat negara ini.
“Keadaan ini jarang berlaku atau sesuatu yang tidak pernah
setakat ini apabila tiga pegawai tertinggi AS dan ahli Kabinet kanan turut
berada di sana.

“Trump bukanlah seperti yang digambarkan dalam laporan
berita, malah Trump menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin sebuah ne­gara
berkuasa besar dan Perdana Menteri berjaya diberikan peng­hormatan oleh
pemimpin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Jelas Anifah, Trump juga meminta pandangan Datuk Seri Najib
berhubung isu serantau dan antarabangsa selain mengarahkan ahli Kabinetnya
untuk mengikut pendekatan yang telah dilakukan oleh Malaysia.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri
dan berasa syukur kerana diberi penghormatan untuk bersama beliau dalam hari
bersejarah itu dan anda boleh melihat ia satu pertemuan yang bermakna ke­rana
Presiden AS itu memberikan sepenuh perhatian kepada Datuk Seri Najib,”
ujarnya.
Perbincangan Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di White House dalam satu
pertemuan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat
menjalinkan hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategiknya di Asia
Tenggara itu.

— Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel