Connect with us

Berita Lain

Tragedi Ittifaqiyah: Keluarga Terkilan Tak Jemput 3 Beradik Pulang Ke Rumah


KUALA LUMPUR – Anggota keluarga kepada tiga beradik yang
terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, terkilan
tidak menjemput mereka pulang ke rumah dengan segera.
Ini kerana sebelum itu ibu mereka ada mendapat panggilan
telefon daripada salah seorang mangsa pada Rabu yang meluahkan hasrat hendak
balik ke rumah untuk berehat pada hujung minggu.
Tiga beradik berkenaan, Muhamad Haris Ikhwan Mohd Sulaiman,
10, dan Hafiz Iskandar, 11, serta Syafiq Haikal, 13, adalah antara 23 mangsa
terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung di sini, pagi
Khamis.
Sepupu mangsa, Mas Aliza Ali Bapoo, 22, berkata panggilan
yang diterima ibunya, Mas Anizan Mohammad Shahid, 43, daripada Hafiz Iskandar,
agak pelik kerana kanak-kanak itu memberitahu ‘dia mahu pergi’.
“Ketika bercakap dengan ibu saya, dia kata mahu pergi,
apabila ibu tanya mahu pergi ke mana, Hafiz kata pergilah. Ibu saya kata pergi
ke balik, kemudian dia kata balik cuti dan meminta kami menjemput mereka
bertiga pulang.
“Ia agak pelik kerana memang setiap hari hujung minggu
(Sabtu dan Ahad) kami pada kebiasaannya membawa mereka balik ke rumah,” kata
Mas Aliza ketika ditemui para pemberita, semalam.
Mas Aliza bersama ibunya, Mas Anizan yang merupakan pelakon
popular era 1990-an, berada di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara
(IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan tuntutan jenazah.
Ujar beliau lagi, sepupunya itu dijaga ibunya setelah bapa
kanak-kanak itu meninggal dunia pada 2005 lalu dan menambah: “Kami bercadang
untuk mengambil ketiga-tiga beradik itu pada Sabtu ini.
“Tetapi tak sangka mereka semua terkorban, kami semua
terkejut. Saya paling terasa sebab segala urusan ke sekolah tahfiz ini, saya
yang uruskan dan kalau balik cuti pun, saya yang ambil mereka,” kata Mas Aliza.
Tiga beradik tersebut mula belajar di sekolah tahfiz
berkenaan pada Januari tahun ini dan ketiga-tiganya sering memberitahu bahawa
mereka berasa seronok dapat belajar di situ.
Tragedi kebakaran 5.15 pagi itu mengorbankan 21 pelajar
berumur antara 11 hingga 17 tahun serta dua guru yang juga warden. Kesemua jenazah ditempatkan di IPFN HKL untuk proses pengecaman. –
BERNAMA


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel