Categories: Berita Lain

Anina Saadudin Keluar BERSATU


Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) mengumumkan peletakan jawatannya daripada pertubuhan itu hari ini.
Dengan alasan bahawa perjuangannya adalah membela rakyat dan
bukan individu Anina Saadudin mengumumkan keputusannya meninggalkan parti itu
dan akan terus “bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain”.
“Pesanan Tun (Dr Mahathir Mohamad) kepada saya supaya
terus bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain.
“Walaupun hari ini kata-kata saya tidak disukai oleh
Tun sendiri, saya akan terus bersuara untuk kepentingan rakyat, dan bukan untuk
kepentingan mana-mana individu,” katanya.

Membaca kenyataan sepanjang empat muka surat. Anina
menceritakan bagaimana dia menyanjung tinggi Dr Mahathir, dan dipecat daripada
Umno ketika bekas perdana menteri itu serta Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi
menganggotai parti berkenaan.

“Namun bagi saya sejarah bukan saja untuk dikenang
tetapi untuk diambil iktibar.
“Setiap keputusan parti perlulah mengambil kira semua
suara semua ahli dan bukannya secara unilateral daripada pemimpin atasan
semata-mata.
“Tiada individu yang patut mencatur perjalanan parti
dan memberi imuniti kepada mana-mana individu untuk terus menekan, mencantas
dan menikam belakang sesiapa saja dalam membina laluan ke depan,” katanya.
Anina yang mula menjadi perhatian selepas mengkritik
kepimpinan Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi anggota Umno sebelum ini
berkata pembabitannya dalam politik bukan untuk meletakkan mana-mana individu
secara khusus menjadi perdana menteri atau membebaskan seseorang dari penjara.
“Saya bukan keldai. lembu atau anjing kepada sesiapa.
Sebaliknya saya ialah seorang wanita, ibu dan marhaen yang berdiri mewakili
golongan marhaen untuk kepentingan marhaen,” katanya.

Ketiika ini kata Anina BERSATU sudah tidak lagi menepati
prinsip perjuangan yang diasaskannya.
BERSATU, katanya, adalah parti yang mencatur kepentingan
politik individu tertentu dan dihantui dasar kronisme walaupun pada asalnya ia
ditubuhkan untuk membela kepentingan rakyat.

“BERSATU kini tidak lagi mendukung prinsip keadilan,
ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti.
“Fitnah dijadikan asas membuat keputusan dan secara
tidak langsung ia dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya demi
rakyat.
“Parti ini ditadbir dengan buruk namun berselindung di
sebalik nama negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Dengan prinsip berani kerana benar, kata Anina, dia
menggenggam erat pesanan Dr Mahathir dalam surat penghargaan yang diberikan
kepadanya mengkritik pemimpin Umno pada akhir 2015, iaitu terus bersuara demi
kebenaran.

Bagaimanapun kata Anina perjuangannya tidak terhenti dengan
keluar daripada BERSATU.
Sebaliknya dia akan terus membela rakyat berasaskan rasa
kasih kepada bangsa Melayu melalui pertubuhan bukan kerajaan yang akan
diumumkannya tidak lama lagi.
“Saya tidak memerlukan jawatan dan kuasa politik untuk
berjuang demi bangsa kerana Allah membuka ruang, peluang dan kejayaan di
akhirat untuk sesiapa saja yang berjuang demi kebenaran dan keadilan untuk
agama, bangsa dan negara,” katanya.



— Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago