Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Kini Di WhatsApp Pula Dengan Pelbagai Ekspresi Wajah

Antara aksi wajah Pengerusi Bersatu Dr Mahathir
Mohamad yang kini boleh didapati di aplikasi media sosial. – Gambar The
Malaysian Insight, 16 September, 2017.



KALAU anda pengguna aktif WhatsApp atau aplikasi
media sosial yang lain, jangan terkejut kalau selepas ini ternampak video
pendek Dr Mahathir Mohamad muncul sebagai komen di garis masa anda.

Beberapa video pendek pengerusi Bersatu itu mula
muncul sejak semalam dengan pelbagai aksi dan ekspresi wajah dalam format GIF.

Sumber parti Bersatu yang maklum tentang klip
grafik video itu berkata ia dibuat untuk mendekati sebanyak mungkin pengguna
Internet.

“Pengguna Internet hari ini bertindak balas cepat
kepada berita atau komen dengan serta-merta.

“Mereka mahu memberi reaksi dengan cepat dan
betul-betul bermakna, jadi mereka melakukannya dengan klip GIF,” katanya, yang
bercakap kepada The Malaysian Insight tanpa mahu identitinya didedahkan.
“Dalam masa beberapa saat saja, visual yang padat
ini meninggalkan kesan yang mendalam.”
Jelas sumber itu lagi, klip dalam format GIF
merentas sempadan bahasa, sehingga kanak-kanak pun boleh memahaminya.
Media sosial yang sejak kebelakangan ini jadi
platform komunikasi popular dalam kalangan rakyat Malaysia turut menjadi medan
kempen politik yang dilihat semakin rancak menuju pilihan raya umum ke-14.
Laporan The Digital News Report 2017 baru-baru ini
menyebut 51% daripada pengguna Internet di Malaysia menggunakan aplikasi
WhatsApp untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita atau berita.
Ia merupakan platform yang kedua popular dalam
kalangan pengguna Internet di Malaysia selepas Facebook (58%), diikuti YouTube
(26%), WeChat (13%) and Instagram (13%).
Satu kajian lain oleh TNS GLobal pula mendapati
Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan WhatsApp dengan 77%, diikuti oleh
Facebook Messenger dengan 41%.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said
Keruak baru-baru ini berkata WhatsApp popular kerana antara lain mudah serta
cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat selain menjimatkan kos.

“Dalam politik, WhatsApp adalah alat kempen politik
yang berkesan dan meluas.  Bayangkan satu
kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli. 
Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang
singkat beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2000 orang,” katanya dalam
satu tulisan di blognya. – The Malaysian Insight


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel