Connect with us

Berita Lain

Kesemua Mangsa Tragedi Tahfiz Kini Dikawal Oleh Polis Dan Tentera


KERAMAT – Kesemua mangsa yang terselamat dalam tragedi kebakaran
Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah difahamkan kini ditempatkan disatu
lokasi ‘rahsia’ yang dikawal ketat di Keramat.

Menurut
sumber memaklumkan kepada Sinar Online, kesemua mereka kini turut ‘dijaga’ oleh
tentera dan polis.

“Hanya
ahli keluarga mereka sahaja yang dibenarkan membuat lawatan dan mengunjungi
mereka.

“Pihak-pihak lain yang tiada kaitan tidak dibenarkan,” katanya yang
enggan mendedahkan namanya.

Katanya,
perkara itu dilakukan bagi memastikan kesemua pelajar berkenaan, tidak
‘didekati’ bagi memastikan mereka dapat melupakan buat seketika tragedi yang
menimpa.

Pagi tadi,
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmud memaklumkan
bahawa, kesemua mangsa ditempatkan di sebuah lokasi yang tidak diketahui bagi
melindungi mereka daripada diganggu dan didekati pihak tidak bertanggungjawab.

“Kesemua
mangsa yang selamat tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana kami
menerima arahan untuk menempatkan kesemua mereka ditempatkan di sebuah lokasi
yang dirahsiakan,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel