Saturday, November 08, 2025

Mangsa Terselamat Kini Tinggal Di Lokasi Rahsia – Pengetua Pusat Tahfiz

September 16, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR: Semua mangsa yang terselamat dari tragedi
kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, ditempatkan di satu
lokasi rahsia.
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad
Zahid Mahmod, berkata mangsa tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing
sebaliknya mereka diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat
sementara waktu.
Katanya, langkah itu bagi melindungi mangsa diganggu dan
didekati pihak tertentu.

Namun, ketika ditanya media di mana lokasi itu dan berapa
jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab “ia rahsia”.

“Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara
dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden
kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, hari ini.
Menurut laporan BH online lagi, Muhammad Zahid turut menafikan bahawa ada
pihak yang memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz
berkenaan.
Katanya, sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak
pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik.
“Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba
dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti