Connect with us

Berita Lain

Bukan Berkaitan Hal Bubar Parlimen – Zahid


PETALING JAYA: Sidang media Datuk Seri Najib Tun Razak pada
petang Ahad bukan berkaitan pembubaran Parlimen, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian susulan
pelbagai spekulasi yang dibuat berkaitan sidang media pertana menteri yang juga
presiden Umno itu.

Dalam ucapannya pada mesyuarat Umno bahagian Arau, Ahmad
Zahid meminta semua pihak untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu, lapor mstar online.

Semua ahli Majlis Tertinggi Umno menerima jemputan
Setiausaha Agung parti untuk hadir pada sidang media itu pada Sabtu malam.

Ia akan diadakan di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn pada
pukul 4.45 petang.

Setakat ini, pihak Umno enggan mendedahkan intipati sidang
media berkenaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel