Connect with us

Berita Lain

Nazrudin Rahman Mohon Maaf Isu ‘Mati Syahid’ Pelajar Tahfiz

Nazrudin Habibur Rahman – Foto Berita Harian



PENGACARA Nazrudin Habibur Rahman atau Naz memohon maaf
andai ada perkataan yang diluahkan di laman Twitter miliknya mengenai isu mati
syahid menimbulkan perasaan kurang senang netizen.


Menurut Naz, 39, apa yang diluahkannya itu bukan untuk
mempertikaikan kenyataan ‘mati syahid’ tersebut.

Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan
mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi
menutup sesuatu kejadian.

“Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes
kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak.

“Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi
saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan.
“Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama
apabila ia membabitkan kematian,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menerusi akaun Twitter @nazrudinrahman, dia ada menulis
‘Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know’.

Postingnya itu mendapat hampir 6,000 retweet dan ratusan
komen daripada pengikut.

Ia memetik laporan sebuah portal berita tempatan yang
melaporkan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah Muhammad Zahid Mahmod
menganggap 21 orang pelajar dan dua warden mereka mati syahid dalam kebakaran
asrama di Kuala Lumpur pada 14 September lalu.

Dalam pada itu, Naz berharap kenyataannya itu mampu membuka
mata ramai pihak terutama pihak berkuasa mengenai keselamatan pusat pendidikan.

“Niat saya untuk membuka mata pihak berwajib mengenai
kepentingan keselamatan.

“Tidak kiralah pusat pendidikan apa sekalipun, soal
keselamatan harus menjadi keutamaan dan bayangkan jika berlaku kecemasan,
mereka ini tidak dapat menyelamatkan diri.

“Dalam kejadian baru-baru ini, saya yakin pengetua
tersebut akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Naz berkata apa yang dikongsi itu secara
tidak langsung turut menyedarkan masyarakat mengenai isu keselamatan.


Malah pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini tidak
berkecil hati dengan komen netizen yang menghentam kenyataannya itu.

“Mungkin mereka yang baca tweet tersebut tidak faham
maksud saya kerana tidak membaca catatan yang berikutnya.

“Tidak apa lah, sekurang-kurangnya ada yang menyokong
dan memahami apa mesej yang ingin saya sampaikan dalam tulisan tersebut,”
katanya yang aktif dengan badan kebajikan sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam kejadian 14 September lalu, seramai 23 orang maut
selepas pusat tahfiz berkenaan terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel