Connect with us

Berita Lain

Panjat Tembok Untuk Ambil Gambar, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 16


KUANTAN, 17 Sept ― Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari
tingkat 16 sebuah hotel di Genting Hinglands dekat sini, semalam dipercayai
selepas memanjat tembok untuk mengambil gambar.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor
berkata dalam kejadian 2.50 petang itu, P. Kanesh Naidu, 20, maut serta-merta
apabila terjatuh ke tingkat tujuh hotel berkenaan.
“Mangsa dipercayai memanjat tembok letak bunga di
tingkat 16 di tempat letak kereta hotel itu, namun telah tergelincir.
“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan
parah di kepala dan badan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi,”
katanya semasa dihubungi di sini, semalam.
Kanesh, yang berasal dari Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur dan
bekerja di sebuah restoran, datang ke pusat peranginan itu bersama-sama tiga
rakannya.
Bagaimanapun, semasa kejadian semua rakannya masih berada di
dalam kereta dan mangsa dipercayai keluar sendirian sebaik sahaja mereka tiba
di kawasan tempat letak kereta itu.
Mohamad Mansor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu
tiada unsur jenayah. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel