Connect with us

Berita Lain

“Undang-Undang Kita Menetapkan Mereka Tidak Boleh Dihukum Mati” – Peguam

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah



Coretan Peguam (323)

SUSPEK KANAK KANAK
Coretan saya tidak akan menyentuh mengenai apa yang didakwa dilakukan oleh suspek kanak kanak kerana pihak polis masih menjalankan siasatan namun saya ingin merujuk kepada peruntukkan di bawah Akta Kanak Kanak 2001.
Peguam – Tuan Hasif Hasan

Seksyen 15 (1), (2) dan (3) Akta Kanak Kanak 2001 menjelaskan mengenai sekatan ke atas sebarang laporan dan penyiaran media terutama membabitkan nama, alamat dan gambar suspek kanak kanak (iaitu mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun) kepada umum.
Terdapat hukuman berbentuk denda yang tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua dua sekali jika disabitkan dengan kesalahan.
Sebarang hebahan tentu sekali akan memprejudiskan pihak pihak di dalam proses perbicaraan di mahkamah kelak.
Saya sangat bersimpati kepada nasib menimpa mangsa kebakaran cuma mencoretkan apa yang ada di dalam undang undang buat pengetahuan bersama.
Sekian.
(boleh dikongsi)


Coretan Peguam (324)
HUKUMAN MATI
Saya ditanya rakan, adalah pesalah kanak kanak boleh dijatuhkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Jawapan saya adalah, tidak boleh dijatuhkan hukuman mati jika sewaktu dilakukan kesalahan, mereka masih kanak kanak.
Seksyen 97(1) Akta Kanak Kanak 2001 memberi kuasa kepada mahkamah untuk kanak kanak ditahan di penjara selama yang diperkenan oleh Yang Di Pertuan Agung jika kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Labuan, Raja atau Yang Di Pertua Negeri jika kesalahan dilakukan di negeri itu jika disabitkan dengan kesalahan.
Sekian.
(boleh dikongsi)






Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel