Categories: Berita Lain

(VIDEO) Aktiviti Terakhir Pelajar Tahfiz Sebelum Tragedi Kebakaran Menyentuh Hati Netizen


SHAH ALAM – Satu klip video memaparkan pelajar-pelajar Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur sedang
membaca al-Quran tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.
Menerusi klip video berdurasi selama 0:36 saat itu, kesemua
berkenaan dikatakan melakukan aktiviti terakhir mereka sebelum kejadian
kebakaran yang meragut nyawa 21 daripada mereka lapor sinar online.
Difahamkan, klip video terbabit dikongsi seorang ustaz
menerusi aplikasi WhatsApp kepada ahli keluarga pelajar.
Menurut netizen, Norani Mohamed Yatim, kesemua mangsa yang
terkorban dalam kejadian itu merupakan insan-insan terpilih dan akan berada di
tempat lebih baik selepas ini.
“Allahuakbar! Mereka adalah di antara insan-insan terpilih,
di sana jauh lebih baik dari di dunia yang penuh dengan pancaroba,” katanya.
Mohd Riduan pula berkata, kejadian tersebut adalah merupakan
ketentuan ALLAH dan tiada mana-mana pihak boleh melawannya.
“Al-fatihah. Takdir ALLAH tiada siapa boleh lawan. Ajal maut
hanyalah di tangan yang maha esa.
“Semoga anak-anak syurga dan gurunya di tempat dalam
kalangan orang yang soleh,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, 21 pelajar dan dua tenaga
pengajar di pusat tahfiz terbabit maut selepas terperangkap dalam kebakaran
pada jam 5.41 pagi.
Bagaimanapun, wujud elemen mencurigakan dalam kejadian
tersebut apabila ada antara mangsa yang terselamat melihat tong gas berwarna
kuning berada di luar bilik asrama mereka.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin
Drahman sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat dalam
insiden menyayat hati itu.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menerusi tinjauannya di pusat tahfiz terbabit sebelum ini juga memaklumkan
bahawa beliau amat terkesan dengan kejadian meruntun hati rakyat Malaysia itu,
memandangkan pelajar dan guru terlibat sering melakukan ibadah di rumahnya pada
setiap malam Jumaat.


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

19 hours ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

2 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

3 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

4 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago