Sunday, November 16, 2025

UMNO Tidak Halang Hamidah Buat ‘U-turn’ – Yusoff Kassim

September 18, 2017
1 min read
Hamidah Osman – Foto: Astro Awani

BATU GAJAH: Akar umbi UMNO Bahagian Batu Gajah tidak akan
menghalang sekiranya bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk
Hamidah Osman ingin membuat pusingan U dan kembali menyertai parti Melayu
terbesar itu.
Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Yusoff Kassim,
bagaimanapun tidak menafikan bahawa kepercayaan terhadap bekas ketua Wanita
UMNO bahagian Gopeng itu, di kalangan ahli peringkat akar umbi, sudah lama
hilang.
Katanya, tindakan Hamidah yang sebelum ini menurut perasaan
dan mudah terikut dengan pembentukan parti baru telah mematahkan sokongan ahli
UMNO yang setia kepada parti, dan bukannya individu semata-mata, lapor portal berita Astro Awani lagi.
“Kalau Hamidah nak masuk semula ke UMNO, silakan, tiada
siapa menghalang. Tetapi saya berani katakan bahawa ahli UMNO Gopeng mungkin
tidak akan memberinya kepercayaan lagi untuk memimpin parti yang
ditinggalkannya.
“Inilah pengajaran paling baik kepada mereka yang
membuat keputusan dengan memikirkan kepentingan sendiri. Masuk parti sana sini,
dah putus asa baru nak keluar. Contoh ini tidak baik dalam etika
berpolitik,” kata Yusoff kepada Astro AWANI.
Dia yang telah menyertai UMNO sejak 1960 berkata, sebagai
seorang veteran politik, beliau menasihatkan generasi muda agar tidak terpedaya
dengan ideologi parti-parti baru yang ditubuhkan daripada serpihan UMNO.
Jelasnya, Hamidah merupakan bekas anak didiknya namun tindakannya
keluar masuk parti dan mempengaruhi pemikiran ahli UMNO lain merupakan
perjuangan yang tidak berpaksi, malah tidak wajar disokong.
“Kadang-kadang kita tidak sedar, bila kita masuk ke
dalam parti untuk jawatan semata-mata, kita akan jadi lalai. Sedangkan,
perjuangan itu sepatutnya untuk parti. Tetapi Hamidah mungkin dah kecewa dan
putus asa. Senang cerita, dia letaklah jawatan.
“Lain kali, fikir dahulu keputusan itu kerana UMNO
sedikit pun tidak terjejas dengan perletakan jawatannya dahulu. Jika kini
Hamidah ingin kembali, silakan, tetapi mungkin bertanding mana-mana akan
kalah,” katanya lagi.
Hamidah pada Sabtu malam membuat pengumuman keluar dari PPBM
melalui akaun Facebook miliknya dengan menunjukkan surat peletakan jawatan yang
ditujukan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agung PPBM Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam
satu kenyataan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi MPT parti itu bersetuju
menerima keputusan yang dibuat Hamidah yang juga Naib Presiden parti itu.

Pada November 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan pemecatan Hamidah, yang juga bekas ketua penerangan Wanita UMNO,
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian