Categories: Berita Lain

Muhyiddin Masih Gagal Jawab Isu Kepimpinan Yang melanda PPBM – Anina


SHAH ALAM: Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) Anina Saadudin menyelar Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran
masih gagal menjawab isu kepimpinan yang melanda parti itu seperti didakwa
sebelum ini.
Anina dalam kenyataannya hari ini turut mempersoalkan
tindakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bunga itu yang ‘menyisihkan’
beliau tanpa sebarang sebab.
Beliau merujuk kepada cara ‘kejam’ pemecatan beliau daripada
jawatan ketua srikandi dan kemudian digugurkan sebagai ahli MPT dengan ‘menendangnya’
daripada kumpulan WhatsApp MPT PPBM.
“Pertamanya TSMY menyentuh tentang kononnya saya tidak
datang untuk berbincang dengan beliau tentang isu kepimpinan yang saya
bangkitkan.
“Seperkara lagi, saya ingin menyarankan supaya TSMY
menjawab isu dengan isu yang tepat. Jika TSMY persoalkan tentang locus standi,
saya jawab tentang locus standi. Jika TSMY cakap tentang kepimpinan, saya jawab
tentang isu kepimpinan. Jadi, saya harap TSMY akan menjawab isu dengan betul.
“Kenapa begitu buruk sekali tadbir urus parti ini.
Lebih 40 tahun dalam kabinet dan berpengalaman terkeluar dalam barisan kabinet
kerajaan, takkan TSMY tak tahu bagaimana untuk pecat pemimpin parti. Datuk Seri
Najib pecat TSMY pun dipanggil berdepan untuk berbincang, ada pemakluman dan
ada hitam putihnya.
Jika pecat pemimpin parti seperti lanun yang humban
kelasinya ke dalam laut, bagaimana rakyat nak yakin TSMY boleh memimpin
negara,” katanya kepada Antarapos melalui sistem aplikasi WhatsApp.
Dalam pada itu, Anina turut menyatakan rasa kecewa dan
hairan dengan keengganan Muhyiddin untuk menjawab persoalan ‘lokus standi’
walaupun atas kapasitinya sebagai salah seorang pengasas PPBM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya telah mempersoalkan tentang locus standi yang
dimaksudkan oleh TSMY kerana saya adalah pengasas bersama PPBM. Saya bimbang
beliau masih bermimpi bahawa dia adalah TPM. Jika parti ini benar-benar mahu
berjuang untuk rakyat maka jangan letakkan jurang antara pemimpin dan rakyat.
Jika benar mahu berjuang demi kebenaran maka beranilah berkata benar dihadapan
rakyat. Kenapa mengelak utk berdepan dgn saya.
“TSMY gagal membuktikan yang beliau berani berhadapan
dengan saya dan tidak menjawab isu lokus standi yang saya persoalkan.
Sebaliknya hari ini beliau melalut dengan kenyataan yang tidak pun meletakkan
dirinya pada standard seorang bekas Timbalan Perdana Menteri,” tambahnya.
Pertelagahan antara bekas ketua srikandi tersebut dan
Muhyiddin diperlihat umum selepas tindakan Anina keluar parti pada Sabtu lalu.
Beliau mengumumkan keluar daripada PPBM, parti yang
diasaskannya bersama beberapa bekas pemimpin Umno yang diterajui  Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keputusan nekad tersebut dibuat selepas sudah tidak lagi tahan
dengan layanan buruk yang diterima ketika berada di dalam parti tersebut.
Anina antara lain turut mengkritik kepimpinan parti yang
tidak memberikan hak kepada ahli untuk bersuara dan mendakwa parti itu kini
telah tersasar dari perjuangan asal ditubuhkan sejak setahun lalu.
Pada hari yang sama, turut mengikut jejak langkah Anina
adalah Datuk Hamidah Osman yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden
PPBM. 
Alasan yang sama turut disuarakan pemimpin dan ratusan ahli
parti itu yang kemudiannya bertindak keluar parti sebelum ini, termasuk salah
seorang pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman pada April lepas.

— Antarapos

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

7 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

11 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

16 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago