Categories: Berita Lain

Bajet 2018: Lebih 13,000 Idea Diterima – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – Foto: Perak Today



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata
sebanyak 13,837 idea dan cadangan telah diterima sepanjang kempen sumber
khalayak Bajet 2018 yang dijalankan selama 15 hari, bermula 4 hingga 18
September lepas.

Perdana menteri berkata penelitian awal mendapati pekerjaan,
kos sara hidup, pendidikan, pencukaian, perniagaan dan kewangan serta
pengangkutan dan infrastruktur menjadi topik hangat sekali gus menunjukkan keutamaan
rakyat hari ini.
“Saya gembira ramai telah mengambil peluang ini untuk
berkongsi dengan saya cabaran-cabaran yang dihadapi mereka, selain memberikan
cadangan untuk dipertimbangkan dalam pembentukan #Bajet2018,” kata Najib
menerusi catatan di laman blog rasmi beliau, hari ini.
Najib berkata semua cadangan yang diterima akan diteliti dan
dipertimbangkan dengan serius oleh kerajaan.
“Ini adalah satu langkah yang tepat ke arah mendemokrasikan
proses pembentukan bajet negara, satu dokumen yang bakal memberi impak besar
kepada hala tuju negara,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Najib, antara yang menarik perhatian beliau ialah
cadangan agar Sungai Klang dibersihkan dan dibangunkan untuk menjadi sebuah
pengangkutan jalan air utama yang menghubungkan bandar-bandar di sekitarnya
yang dikemukakan oleh Mohd Saiful Ridzuan.
“Ramai juga yang telah memuji pelaksanaan MRT dan meminta
agar kerajaan membangunkan sistem pengangkutan awam yang efisien di
negeri-negeri yang berpopulasi tinggi bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.
“Saya faham ramai juga yang telah meminta pelepasan cukai
bagi membantu menangani kos sara hidup golongan berpendapatan tengah, daripada
peningkatan pelepasan cukai untuk aktiviti sukan kepada pelepasan cukai untuk
penyelenggaraan kenderaan persendirian,” kata perdana menteri.
Beliau turut gembira membaca cadangan daripada penduduk desa
yang mengutarakan hasrat untuk turut terlibat dalam ekonomi digital dan
berharap agar peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui ekonomi digital
tidak terhad kepada penduduk bandar sahaja.
“Oleh itu, saya yakin #Bajet2018 yang bakal dibentangkan
akan terus membantu golongan yang memerlukan, dan pada masa yang sama inklusif
serta holistik terhadap keperluan semua.
“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang
telah terlibat!” kata Najib, yang akan membentangkan Bajet 2018 di Parlimen
sebagai Menteri Kewangan.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago