Categories: Berita Lain

Koperal Polis Menyesal Hilang Pencen Gara-Gara Rasuah RM100

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh – Foto: Astro Awani

IPOH: Gara-gara menerima rasuah RM100, seorang koperal polis
hilang pencen dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM20,000.
Tertuduh, Roslin Md Esa, 53 tahun, mengaku bersalah di
hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, S.Indra Nehru bagi dua pertuduhan meminta
dan menerima rasuah tiga tahun lalu.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman empat bulan penjara jika
tertuduh tidak membayar denda itu.
Dia bagaimanapun tidak membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Roslin yang telah berkhidmat
selama 32 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa meminta suapan
berjumlah RM400 daripada Bedah Debok sebagai dorongan tidak mengambil tindakan
terhadap anaknya, Azrul Haffiz Che Azzmi yang ditahan di Balai Polis Tanjung
Rambutan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Roslin didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah
gerai air kelapa, Jalan Besar, Tanjung Rambutan di sini antara pukul 2.30
petang dan 4.30 petang pada 14 Mei 2014.
Bapa kepada tiga orang anak itu juga didakwa menerima suapan
berjumlah RM100 daripada individu yang sama dan melakukan kesalahan itu
mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1)
akta sama.
Tertuduh yang tidak sempat mendapatkan pencen tetap merayu
mahkamah meringankan hukuman kerana dia menyesal dengan tindakannya itu, selain
perlu menanggung tiga orang anak dan isteri yang menghidap kencing manis serta
darah tinggi.
Timbalan Pendakwaraya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin pula
memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh bagi
memberi pengajaran kepadanya serta masyarakat khususnya penjawat awam supaya
amanah dan berintegriti dalam melaksanakan tugas.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago