Saturday, November 08, 2025

Petugas Taman Ular Dan Reptila Perlis Redah Banjir Selamatkan Lebih 20 ular

September 21, 2017
1 min read

KANGAR: Banjir kilat yang melanda Perlis hari ini, bukan saja menjejaskan penduduk malah turut menyebabkan lebih 20 ular pelbagai spesies di Taman Ular dan Reptilia Perlis di Sungai Batu Pahat di sini, dipindahkan.
Enam petugas Taman Ular dan Reptilia Perlis tidak menang tangan apabila terpaksa berulang-alik beberapa kali sambil mengharung air mencecah paras dada untuk memindahkan reptilia itu ke tempat selamat.
Seorang kakitangan, Mohd Hafiz Alias, 27, mengakui ia bukan kali pertama beliau bersama petugas lain terpaksa memindahkan ular berkenaan berikutan banjir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Walaupun sudah biasa, kami tetap berhati-hati kerana ada antara ular terbabit daripada spesies berbisa seperti tedung selar dan ular sawa.
“Kali terakhir kami memindahkan ular kerana banjir ialah kira-kira dua tahun lalu. Kali ini, empat kakitangan lelaki dan dua wanita mengambil masa kira-kira tiga jam bermula 9 pagi memindahkan semua reptilia berkenaan.
“Kami sudah biasa bermain dengan ular, maka untuk mengubahnya tidaklah sukar. Walaupun kami dan ular di sini ibarat saling mengenali, kami tetap berhati-hati menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Hafiz berkata, paras air mula meningkat sehingga 0.5 meter, namun ada juga kawasan yang lebih dalam sehingga mencecah satu meter.
Terdahulu, beberapa foto memaparkan Mohd Hafiz bersama lima rakannya memindahkan ular sambil mengharung banjir tersebar sehingga menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik di laman Facebook miliknya. – BH online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti