Categories: Berita Lain

[VIDEO] ‘Darah Masih Mengalir Dari Jenazah Anak-Anak Tahfiz Ketika Dimandikan’ – Pengetua Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Antara wajah-wajah pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah – Foto: Astro Awani

SUDAH lebih seminggu berlalu, namun tragedi menyayat hati
yang mengorbankan 23 nyawa dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
masih diperkatakan ramai.
Ramai pihak yang tampil memberi sumbangan untuk meringankan
beban mangsa dan keluarga.
Paling terbaharu, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida,
menyatakan kesediaan mengambil anak-anak tahfiz sebagai anak-anak angkatnya, selain
berhajat membawa mangsa ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah, lapor Astro Awani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kata pengasas produk Qu Puteh ini, beliau cukup terkesan
kerana dua anaknya juga meninggal dunia dalam kebakaran, beberapa tahun lalu.
Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah perkongsian Vida
dalam satu video Facebook Live, di mana beliau berbual dengan pengetua pusat
tahfiz terbabit.
Cerita Mohd Zahid Mahmood, dia diberitahu, darah masih
mengalir dari tubuh mangsa ketika proses memandikan jenazah.
“Pihak yang menguruskan jenazah menghubungi saya sambil
menangis, dan memaklumkan darah masih mengalir dari badan mangsa.
“Kata mereka, inilah kali pertama mereka berhadapan
dengan situasi seperti ini kerana kebiasaannya, keadaan mayat mereka yang
meninggal dunia akibat kebakaran kering kerana sudah hangus terbakar,”
cerita Mohd Zahid.
Malah, jenazah juga tidak mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan seperti kebiasaan, mengikut cerita daripada pemandi jenazah dan
pihak bomba.
“Bomba beritahu saya, mereka tidak perlu pakai topeng
ketika naik untuk operasi mengeluarkan mayat kerana tiada bau yang busuk.
“Mungkin itu cara untuk Allah beritahu, betapa Dia amat
menyayangi anak-anak tahfiz ini,” kata Mohd Zahid.

Dalam kejadian Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru
yang juga warden pusat tersebut terkorban akibat terperangkap di asrama yang
terletak di tingkat paling atas daripada bangunan tiga tingkat itu kira-kira
5.15 pagi.


Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago