Categories: Berita Lain

Mati Mengejut

Pintu tandas berkunci lebih sejam sebelum angota bomba bergegas ke lokasi dan terpaksa menggunakan alat pemotong. – Gambar Hiasan

LELAKI berusia 40-an ditemui meninggal dunia dalam tandas
stesen minyak di Merang, Setiu, kira-kira 5 pagi hari ini.

Kejadian disedari seorang pekerja stesen minyak itu yang
menemui motosikal dipercayai digunakan mangsa di depan tandas, kira-kira jam 5
pagi, sebelum menghubungi polis selepas mendapati pintu tandas berkunci lebih
sejam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat
Deris ketika dihubungi, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Setiu menerima
laporan kejadian itu jam 6.43 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pekerja stesen minyak itu mulanya tidak mengesyaki
apa-apa tetapi selepas lebih sejam apabila dia dapati motosikal berkenaan masih
di situ dan pintu tandas berkunci dari dalam, dia bertindak menghubungi
polis,” katanya hari ini.
Menurutnya, selepas menerima laporan, beberapa angota bomba
bergegas ke lokasi dan terpaksa menggunakan alat pemotong untuk membuka pintu
tandas yang berkunci dari dalam lapor My Metro.
“Selepas pintu berjaya dibuka, lelaki itu ditemui dalam
keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk
tindakan lanjut,” katanya.
Zulkifli berkata, polis yang menjalankan siasatan tidak
menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.
“Bagaimanapun, semakan dilakukan mendapati motosikal
yang ditemui di depan tandas dimiliki seorang lelaki berasal dari Kampung
Penarik Setiu.
“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan setakat
ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan
ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai mangsa menghubungi mana-mana
balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago