Categories: Berita Lain

11kg Emas Disamun Dari Kilang


BUTTERWORTH – Sekumpalan lelaki bersenjatakan kapak dan
penukul melarikan beg berisi jongkong emas dan barang-barang kemas seberat 11
kilogram bernilai RM1.9 juta dari sebuah kilang memproses emas di Jalan Siram,
di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik
berkata, dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, tiga lelaki turun dari kereta
jenis Perodua Bezza berwarna merah berhampiran kilang itu dan menyerang dua
lelaki membawa beg berisi emas dan barang-barang kemas.
“Semasa kejadian, dua lelaki yang merupakan pekerja di
kilang itu membawa beg berkenaan berjalan ke kenderaan mereka di hadapan premis
itu untuk menghantar stok barang kemas ke kilang di Kuala Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tiga lelaki terbabit mengarahkan mereka menyerahkan beg yang
dibawa dan mengugut akan mencederakan dua pekerja itu jika enggan menyerakan
beg berisi barang kemas itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata seorang pengawal keselamatan yang berada di
tingkat satu bangunan kilang berkenaan menyedari kejadian samun itu dan
melepaskan empat das tembakan ke arah suspek dan terkena kenderaan suspek.
Polis menemukan empat kelongsong peluru di kawasan kilang
itu.
Roslee berkata tiga lelaki terbabit kemudian melarikan diri
dengan kereta yang menunggu di kawasan itu. Seorang lelaki yang memandu kereta
itu menunggu di dalam kereta berkenaan.
Beliau berkata kereta digunakan suspek ditemui di Taman
Ampang Jajar pada pukul 2 petang, kira-kira 5 kilometer dari kilang berkenaan.
“Suspek turut meninggalkan pakaian yang mereka pakai
semasa kejadian di dalam kereta itu dan dipercayai melarikan diri menggunakan
kenderaan lain. Polis melancarkan Ops Tutup termasuk di sempadan negara untuk
mengesan mereka,” katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai
yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis untuk
menyalurkan maklumat.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago