Categories: Berita Lain

[VIDEO] Viral Lelaki Bertengkar, Cuba Pukul Penguat Kuasa DBKL: Polis Tahan Pemandu


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu kereta selepas
videonya bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin,
berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dibuat jam 6.30 petang
tadi ketika dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi
keterangan.
Katanya, anggota penguat kuasa DBKL itu juga sudah tampil
membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Sentul semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berdasarkan laporan itu, anggota berkenaan mendakwa kejadian
berlaku ketika dia bersama rakan setugas dan dua pekerja syarikat kunci tayar
menjalankan operasi di Taman Segar, Cheras pada jam 12.46 tengah hari.
“Dalam operasi itu, pengadu (anggota DBKL) dan rakannya
mengunci tayar sebuah kereta PERODUA Myvi kerana melakukan kesalahan meletak
kenderaan di luar petak.
“Tidak lama kemudian selepas menerima arahan daripada
pusat kawalan DBKL, pengadu pergi semula ke lokasi berkenaan untuk membuka kunci
tayar kereta itu kerana pemiliknya (suspek) hendak membayar denda.
“Bagaimanapun, kedua-dua mereka dipercayai berselisih
faham hingga tercetus pertengkaran dan insiden tolak-menolak,” katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Kok Sin berkata, pegawai penyiasat sudah menghubungi anggota
DBKL itu untuk diambil keterangan, namun setakat ini dia belum tampil berbuat
demikian.
Katanya, pihaknya juga akan merakam keterangan saksi lain
yang mempunyai kaitan dalam kes itu.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca
sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana
menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan
ugutan jenayah,” katanya.
Terdahulu, satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki
bertengkar dengan anggota penguat kuasa viral di media sosial sejak awal hari
ini.
Dalam rakaman berdurasi empat minit enam saat itu, lelaki
berkenaan dilihat seolah-olah tidak berpuas hati dengan petugas DBKL sambil
cuba ditenangkan beberapa wanita yang turut berada di situ.
Bagaimanapun, lelaki itu kemudian dilihat mengambil objek
seperti kayu dari dalam keretanya dan meluru ke arah seorang lelaki lain yang
turut berada di situ, tetapi berjaya dihalang daripada bertindak di luar
kawalan.

Dia kemudian beredar dari lokasi tidak lama selepas itu. – Berita Harian
Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago