Categories: Berita Lain

Lima Remaja Bakar Pusat Tahfiz Dituduh Masukkan Dadah Ke Dalam Badan



KUALA LUMPUR, 28 Sept — Lima remaja termasuk dua tertuduh
yang didakwa membunuh pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan
seorang kanak-kanak dihadapkan ke dua buah Mahkamah Majistret berasingan di
sini  hari ini atas pertuduhan memasukkan
dadah ke dalam badan mereka.

Dua remaja berusia 16 tahun yang dituduh membunuh, mengaku
bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah selepas pertuduhan dibacakan di
hadapan majistret Zilfinaz Abbas.
Bagaimanapun mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap
mereka sementara  menunggu laporan akhlak
dan laporan kimia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tiga lagi tertuduh termasuk seorang kanak-kanak berusia  12 tahun dan remaja berusia 16 dan 17 tahun
mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Mereka masing-masing didakwa memasukkan dua jenis dadah
iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, kira- kira pukul 11.35
pagi, 16 Sept lalu.
Pendakwaan yang dikendalikan pengarah pendakwaan Kuala
Lumpur Othman Abdullah dan timbalan pendakwa raya Mohd Nordin Ismail tidak
menawarkan sebarang wang jaminan terhadap semua tertuduh.
Bagaimanapun peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang
mewakili tertuduh berusia 12 tahun memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak
guamnya masih kanak-kanak.
Majistret Zilfinaz membenarkan kanak-kanak itu diikat jamin
RM3,000 dengan seorang penjamin. Prosiding kes itu dijalankan secara tertutup
kerana kes itu melibatkan tertuduh di bawah umur.
Di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar seorang lagi
tertuduh,  Mohammad Shahrul Nizam Ikmal
Shafi-in, 18, membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan memasukkan dadah
jenis carbolic acid dan syabu di tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Bagaimanapun mahkamah belum menjatuhkan hukuman ke atasnya
sementara menunggu laporan akhlak dan laporan kimia.
Timbalan pendakwa raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan
sebarang wang jaminan terhadap tertuduh dan mahkamah tidak membenarkan dia
diikat jamin.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 28 Nov untuk sebutan semula
kes. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

16 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago