Saturday, November 08, 2025

PM Umum RM30,000 Untuk Peladang, Nelayan

September 28, 2017
1 min read
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ucapan
pada Majlis Pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)
2017 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS). – Foto: Bernama

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan sumbangan RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) sebagai menghargai usaha petani, penternak
dan nelayan.
Menurutnya, jumlah tersebut melibatkan peruntukan dana RM7
juta daripada kerajaan.
“Ini akan memberi manfaat kepada 1 juta ahli petani,
penternak dan nelayan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, dana tersebut telah diluluskan oleh
Kementerian Kewangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya percaya ia menyegarkan lagi pimpinan kita di
peringkat kawasan,” katanya pada ucapan perasmian Hari Peladang, Penternak
dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Taman Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di
sini hari ini.
Pada ucapan itu, Najib turut mengumumkan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) diberi tanggungjawab untuk menerajui
pembangunan industri kulinari melalui aspek pertanian lapor Sinar harian.
“Perancangan rapi perlu dibuat untuk mengintegrasi
pengeluaran peringkat ladang sehingga ke pelbagai outlet makanan sedia ada
seperti kafe, trak makanan, pandu lalu serta pesanan makanan melalui atas
talian,” katanya.
Selain itu, MOA bertanggungjawab untuk menyelaras program
Gedung Makanan Negara melalui pendekatan NBOS.
“Kementerian perlu mengenal pasti pihak- pihak lain
yang berkeupayaan untuk menjadi Gedung Makanan Negara,” katanya.
Pertanian sebagai sumber kekayaan baharu
Najib berkata, kerajaan mahukan bidang pertanian sebagai
sumber kekayaan baharu untuk rakyat.
“Rangka minda (mind set) terhadap sektor ini sebagai
pendapatan minima  perlu diubah.
“Sebaliknya, cabaran untuk menjadikan sektor ini
sebagai kekayaan baharu supaya petani, penternak dan nelayan mampu hidup senang
serta menjadi kaya,” katanya.
Menurutnya, varieti kelapa hybrid iaitu careca yang berjaya
dihasilkan juga berupaya menjadi sumber kekayaan baharu.
“Sehektar tanah mampu menghasilkan 35,000 biji kelapa
berbanding kelapa biasa hanya 5,000 biji.
“Selain pengeluaran buah yang tinggi, kelapa careca
mempunyai rasa enak dan mudah dituai kerana ketinggiannya kurang dari enam
kaki,” katanya.
Beliau berkata, rakyat perlu melihat potensi yang mungkin
belum direalisasikan.
“Saya tidak pernah lupa untuk menarik pelaburan yang
besar di luar negara.
“Lawatan saya ke luar negara umpannya ke China berjaya
menarik pelaburan,” katanya.
Katanya, pembangkang menabur fitnah kononnya beliau menjual
kedaulatan negara.
“Sebenarnya kita berjaya menarik pelaburan sebanyak
RM144 bilion untuk negara.

“Siapa sebenarnya yang untung? Bukankah rakyat,”
katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Najib Dakwa Badan Kehakiman Bersikap Tidak Adil Terhadapnya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa

Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan Najib Dan Hukuman Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta

PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan