Categories: Berita Lain

Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Di Indonesia

TIGA beradik yang terbabit kemalangan di Makassar, petang
semalam. Allahyarham Syahirah Amiruddin (kanan), Syazwani Amiruddin (tengah)
dan Iskandar Amiruddin (kiri). – Foto Facebook Syazwani Amiruddin

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia, Syahirah Amiruddin,
22, dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Sulawesi
Selatan, Makassar, Indonesia.
Kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah kereta
turut menyebabkan dua lagi adik beradik mangsa, Suria Iskandar Amiruddin, 25
dan Syazwani Amiruddin, 22, mengalami kecederaan dan kini sedang menerima
rawatan di Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Dr Wahidin Sudirohusodo, Makassar.
Mangsa adalah pelajar Fakulti Perubatan di Universitas
Hasanuddin Makassar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut kakak kepada mangsa, Suhaila Amiruddin, 36, pihak
keluarga mengetahui mengenai kejadian yang menimpa adik-adiknya menerusi
pesanan aplikasi Whatsapp Group lapor Berita Harian.
“Pesanan itu menyebut adik saya, Iskandar terbabit dalam
kemalangan, bagaimana pun ia tidak memberitahu mengenai keadaan Syazwani dan
Syahirah.
“Abang saya kemudian menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di
Indonesia bagi mengetahui kejadian sebenar, dan telah dimaklumkan mengenai
kemalangan terbabit.
“Mereka memaklumkan adik saya, Syahirah meninggal dunia
sementara Iskandar dan Syazwani sedang menerima rawatan,” katanya ketika
dihubungi BH.
Suhaila berkata, kedua ibu bapanya dan abangnya telah
berlepas ke Makasar pada jam 6 pagi tadi.
“Mereka akan transit di Jakarta dan kemudian akan terus ke
Makassar untuk menguruskan jenazah Allahyarham dan memeriksa keadaan dua lagi
adik saya.
“Mereka bertiga sedang bercuti ketika kejadian itu berlaku,
mereka telah merancang untuk bercuti bersama sebanyak tiga kali, baru kali ini
berpeluang bercuti bersama.
“Setakat ini, perkembangan terkini keadaan mereka, Iskandar
dilaporkan stabil dan sudah boleh bercakap sementara Syazwani masih menerima
rawatan,” katanya.
Sementara itu, memetik laporan portal berita online,
Bonepos.com, Allahyarham bersama dua adiknya dalam perjalanan ke Pantai Tanjung
Bira yang terletak 192 kilometer dari bandar Makassar dengan menaiki dua buah
motosikal.
“Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4 petang waktu
tempatan, mangsa bersama dua lagi adiknya yang menaiki motosikal terbabit
dengan kemalangan dengan sebuah kereta.
“Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan
parah yang dialami pada bahagian dahi dan patah di bahagian leher,”
katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago