Connect with us

Berita Lain

Aaron Bantu Mangsa, Keluarga Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz

Aaron Aziz dan Aaronators FC ambil inisiatif bantu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah – Foto: BH online

KUALA LUMPUR: Tragedi menimpa guru dan pelajar Pusat Tahfiz
Darul Quran Ittifaqiyah memberi kesan kepada aktor kelahiran Singapura, Aaron
Aziz sehingga mengambil inisiatif membantu mangsa dan keluarga mereka.

Aaron memberitahu, pelajar tahfiz terbabit pernah dua kali
menyertai acara yang dianjurkannya termasuk program amal yang dikendalikan
kelab peminat, Aaronators FC.
“Kali pertama mereka diundang membacakan doa selamat
pada pembukaan kafe Kidz & Creme yang saya usahakan.
“Mereka juga menjayakan projek membantu mangsa banjir
di Pahang yang dikendalikan kelab peminat saya.
“Selepas berlakunya tragedi menyayat hati, inilah
bahagian kami untuk membantu mereka mengikut apa yang terdaya,” katanya
kepada BH Online.
Aaron berkata, Aaronators FC berjaya mengutip RM8,260 untuk
disumbangkan kepada pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, kempen #ProjekDermaKilatAaronatorsfc mengumpul
sumbangan daripada peminat Malaysia dan Singapura dalam tempoh beberapa hari.
“Semoga usaha kami ini akan diterima Allah dan akan
menjadi saham buat kita di akhirat.
“Terima kasih kepada Aaronators FC dan isteri, Diyana
Halik. Semoga ustaz dan anak-anak Darul Quran Ittifaqiyah akan terus tabah
dengan dugaan ini dan sentiasa dilindungi Allah,” katanya.
Aaron yang memenangi trofi Bintang Paling Popular, Anugerah
Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak dua kali berkata, Aaronators sering
menganjurkan program amal membantu golongan memerlukan.
“Ini umpama tradisi saya dan kelab peminat. Dalam kita
bersuka ria, pasti ada yang berduka. Jika diikutkan, program seumpama ini sudah
sering dianjurkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aaron memberitahu, dia sedang
berehat selepas membintangi drama My Darling Inspektor Daniel.
“Bulan depan, insya-Allah saya akan membintangi drama
terbitan Global Station yang belum berjudul. Heroinnya pun saya tak tahu
lagi,” katanya yang menanti filem kedua arahannya, Sayu Yang Syukur.

Sebelum ini, Aaron mengarahkan filem Romeo Kota. – BH online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel