Connect with us

Berita Lain

Akibat Ketuk Kereta polis, Lelaki Dicekup!


Pekan: Tindakan seorang penganggur mengetuk dan cuba
memecahkan cermin depan kereta peronda polis mengundang padah apabila dia
ditahan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi, suspek lelaki berusia 32 tahun
dikatakan secara tiba-tiba mengetuk sebanyak dua kali menggunakan besi pengunci
stereng pada cermin kereta peronda polis yang diletakkan di tepi jalan di depan
Masjid Annur Kampung Ketapang Hilir, di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber polis berkata, sebaik melakukan tindakan agresif itu
lelaki berkenaan terus melarikan diri menggunakan kereta Proton Waja disedari
dua anggota polis peronda terbabit.
“Anggota polis peronda terbabit kemudian meminta bantuan
pasukan peronda lain untuk mengejar dan menahan suspek berdasarkan keterangan
kenderaan digunakan.
“Lelaki terbabit ditahan selepas dikejar kira-kira 10 minit
oleh anggota cawangan kereta peronda (MPV) di Jalan Sultan Ahmad, di sini,”
katanya kepada Harian Metro, semalam.
Sumber itu berkata, polis turut merampas besi pengunci
stereng digunakan suspek selain kereta yang dipandunya.
“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca
suspek melakukan perbuatan khianat itu,” katanya.
Menurut sumber, suspek kini direman empat hari bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 425 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap
harta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi
Superintendan Mohd Zaidi Mohd Zain, ketika dihubungi semalam, mengesahkan
kejadian.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel