Connect with us

Berita Lain

Anwar Ibrahim Terlibat Dalam Kemalangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh.

PETALING JAYA: Konvoi yang membawa pegawai penjara dan bekas
ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan pada
Jumaat.

Peguamnya, R. Sivarasa berkata, kemalangan tersebut berlaku
pada pukul 12.30 tengah hari dekat Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Anwar telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu
beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh
selepas beliau diwadkan selama empat hari,” katanya dalam satu kenyataan
pada Jumaat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sivarasa berkata, insiden berlaku selepas pegawai penjara
yang memandu kereta bagi membawa Anwar cuba mengelak kereta dari arah bertentangan,
menyebabkan kenderaan pengiring telah melanggar kereta di hadapan.

Tambahnya, kereta yang membawa Anwar mengalami kerosakan.

Bagaimanapun kata Sivarasa, Anwar tidak mengalami sebarang
kecederaan serius dalam kemalangan itu.

“Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan
serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas
dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh,” katanya.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah
Mahkamah Persekutuan pada 2015 bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd
Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. – mStar online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel