Connect with us

Berita Lain

BAJET 2018: KOS SARA HIDUP MENINGKAT, NETIZEN CADANG GST DIKURANG KEPADA 4%


LAMAN web https://bajet2018.najibrazak.com yang disediakan
kerajaan untuk mendapatkan input, maklum balas dan cadangan rakyat bagi
membentangkan Bajet 2018 menerima sambutan menggalakkan daripada netizen.
Laman web yang mula dibuka sejak pagi kelmarin, mengandungi
14 kategori bersesuaian dengan inti pati bajet yang akan dibentangkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.
Ini termasuklah ekonomi digital, kos sara hidup, perumahan
dan kehidupan bandar, alam sekitar, belia dan sukan, keselamatan awam,
perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur.
Sehingga semalam, aspek kos sara hidup dan pendidikan paling
banyak dibincangkan oleh netizen yang mengharapkan kerajaan mengambil serius
dan prihatin terhadap masalah dialami rakyat.
Memetik laporan Sin Chew Daily, ada kalangan netizen
mencadangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada enam peratus
dikurangkan kepada empat peratus bagi meringankan beban hidup.
Ada juga yang meminta kerajaan memansuhkan cukai jualan
kereta nasional supaya golongan berpendapatan rendah turut mampu memiliki
kereta seperti pengguna lain.
Mengenai kemudahan pengangkutan awam, netizen berharap
kerajaan dapat menyediakan lebih banyak bas percuma untuk kemudahan orang
ramai, terutama untuk rakyat tempatan.
Selain itu, dari segi perumahan pula, kerajaan dicadangkan
mengenakan syarat lebih longgar untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah
membeli rumah mampu milik.

Laman web khas ini dibuka kepada orang ramai mengemukakan
sebarang cadangan dan input dalam pembentukan #Bajet2018 dan akan berakhir pada
18 September ini. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel