Connect with us

Berita Lain

Bangla Diculik, Digari Sebelum Ditinggalkan Atas Balkoni


SHAH ALAM – Seorang lelaki dilapor terperangkap dalam
kejadian di tingkat satu sebuah bangunan di Taman TTDI Jaya, dekat sini, hari
ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi & Balai Jabatan Bomba
dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima
panggilan pada jam 7.01 pagi.
Menurutnya, pihaknya dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota
Anggerik kemudian dikejarkan ke lokasi.
“Sampai di lokasi dapati seorang lelaki warga
Bangladesh telah terperangkap di tingkat satu koridor bangunan.
“Maklumat mengatakan mangsa telah diculik sebelum
digari dan ditinggalkan di balkoni,” katanya seperti dilapor Sinar online
Beliau berkata, pihaknya telah menurunkan mangsa menggunakan
tangga dan diserahkan kepada polis untuk siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam,
Superintendan Nek Zaidi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kita sedang merakam percakapan mangsa dan perkembangan
akan dimaklum kemudian,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel