Connect with us

Berita Lain

BN SELESAI HAL KERUSI PILIHANRAYA SECARA DALAMAN – PM NAJIB



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional akan menyelesaikan
semua permasalahan berkaitan penentuan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14
antara parti komponen akan diselesaikan secara dalaman.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
beliau yakin semua parti komponen akan menerima keputusan yang dicapai pimpinan
tertinggi parti.
“Ini adalah permuafakatan kukuh yang wujud
dalam BN,” kata Datuk Seri Najib.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
mengenai kenyataan yang dikeluarkan Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas dan
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berhubung kerusi parlimen Cameron
Highlands.
Ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi
BN di Menara Dato Onn, Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kayveas akur
kepada keputusan yang dibuat parti, lapor Astro Awani.
“Pimpinan meminta supaya sebarang perbincangan
melibatkan calon tidak akan dibuat kerana keputusan akhir akan ditetapkan oleh
Perdana Menteri,” kata Kayveas.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel