Connect with us

Berita Lain

Boleh Kritik BN Tapi Jangan Mencarut – Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata rakyat muak dengan politik kebencian sebegini – Foto: Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkang yang
menggunakan bahasa kesat untuk mencaci penyokong Umno dan Barisan Nasional
(BN).
Beliau juga mempersoalkan kewajaran tindakan sedemikian
hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.
“Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama Umno dan BN
sebagai berfahaman celaka, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluarkan
fatwa berdosa mengundi PAS dan BN, dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin)
pula menggelarkan orang Umno dan BN sebagai kaum jahiliah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak
perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan
parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.
“Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama
kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman
blognya hari ini.
Bendahari Umno itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir
dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembirakan DAP yang dianggap boleh membawa
mereka ke Putrajaya.
Bagaimanapun, kata Salleh andaian itu salah dan strategi
politik sedemikian tidak sesuai untuk menawan Putrajaya.
“Rakyat muak dengan politik kebencian sebegini. Yang rakyat
dambakan ialah politik matang, politik menggunakan isu dan strategi kempen yang
beradab.

“Politik yang menyentuh keperluan rakyat dan perjuangan untuk
rakyat,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel