Connect with us

Berita Lain

Bomoh Cabul Tiga Pelajar Direman

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata bomoh itu ditahan selepas bapa dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini
bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan tiga pelajar perempuan termasuk
dua beradik, antara awal bulan ini hingga semalam.
Suspek yang juga bomoh berusia 60 tahun itu ditahan selepas
bapa dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar,
berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa ketiga, iaitu pelajar Tingkatan
5 berusia 17 tahun memberitahu perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa
iaitu pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa
ketiga iaitu pelajar Tingkatan Empat, berusia 16 tahun pada 10 September lalu, lapor BH online.
Beliau berkata, semua mangsa dihantar oleh keluarga mereka
untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan
Tun Hussein Onn, di sini.
Sebelum itu, bomoh berkenaan mendakwa semua mangsa
menghadapi masalah peribadi dan memerlukan rawatannya.
“Dalam sesi rawatan itu suspek membogelkan dan
memandikan mangsa dan kemudian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.
“Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan
kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudiannya menumbuk mukanya sebelum
mengheret bomoh itu ke balai polis,” katanya.
Beliau berkata, selepas ditahan, polis menghantar lelaki
berkenaan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan pesakit luar apabila
mukanya lebam selepas ditumbuk.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta
Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel