Connect with us

Berita Lain

Buang Bayi Baru Lahir Di Rumah Jiran, Remaja Ditahan Polis

Buang bayi yang baru dilahirkan di rumah jiran. – Foto: BH Online



BATU PAHAT: Seorang remaja berusia 19 tahun dari Semerah,
dekat sini, ditahan polis tengah hari ini selepas membuang bayi yang baru dilahirkan
di rumah jirannya tengah malam semalam.

Terdahulu, pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, remaja
berkenaan pergi ke rumah jirannya di seberang jalan rumah keluarganya lalu
melahirkan bayi di beranda rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul
Wahib Musa, berkata ketika kejadian jiran wanita itu yang juga pasangan suami
isteri warga tua, tiada di rumah mereka kerana bermalam di rumah anak mereka di
Parit Sulong, dekat sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, apabila pulang kira-kira jam 7 pagi tadi, pasangan
suami isteri warga tua itu menjumpai seorang bayi perempuan di tepi beranda
rumah dan tumpahan darah di lantai.
“Pasangan itu kemudian memaklumkan polis sebelum
sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
“Siasatan di sekitar lokasi kejadian membawa kepada
penemuan uri dan tali pusat yang dibuang di tepi rumah suspek dan suspek
kemudian mengaku melahirkan serta membuang bayinya di rumah jirannya itu.
“Suspek mengaku pergi ke rumah jirannya kerana sakit
perut sebelum melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 kilogram dan
meninggalkan bayinya di situ. Suspek juga mengaku membuang uri dan tali pusat
di tepi rumahnya.
“Bayi berkenaan hasil hubungan sulit bersama teman
lelakinya. Suspek dan bayinya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu
Pahat untuk rawatan dan disahkan berada dalam keadaan sihat,” katanya.
Abdul Wahib berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen
317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk
membuang bayi berkenaan.
“Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman
penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel