Connect with us

Berita Lain

Ceramah Pertama Dr M Sebagai Pembangkang Di Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: New Straits Times

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal
menyampaikan ceramah pertamanya di Sarawak sejak keluar Umno, Ahad ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu bakal berucap di
Kuching dalam program ‘Tawaran Baru Harapan Baru’ yang berkaitan manifesto
HARAPAN di negeri itu.
Turut dijangka hadir adalah pemimpin veteran DAP Lim Kit
Siang, Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Hatta RAmli dan
pemimpin HARAPAN Sarawak, antaranya Chong Chieng Jen, Baru Bian dan Mohd
Fidzuan Zaidi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia sering
berhadapan masalah untuk masuk ke Sarawak, yang memiliki kuasa autonomi dalam
soal imigresen negeri.
Namun, sumber dari pejabat ketua menteri Sarawak memaklumkan
kepada Malaysiakini yang pemimpin HARAPAN termasuk Mahathir, Lim dan Hatta akan
dibenarkan masuk untuk menyertai program itu.

Program Ahad ini akan diadakan di hadapan Pasaraya Everrise
BDC bermula pukul 6.30 petang.
Setakat ini masih belum jelas apakah tawaran HARAPAN untuk
Sarawak.
Namun, mereka dijangka akan menampilkan barisan kepimpinan
yang lebih kuat dan bersatu, selepas pertelingkahan antara PKR dan DAP yang
menjadi salah satu faktor prestasi buruk pakatan pembangkang dalam pilihan raya
negeri pada 2016.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel