Connect with us

Berita Lain

Detik Hitam Gadis 13 Tahun Dirogol, Dilacurkan ‘RM700’ Kepada Warga Emas


MIRI: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menempuh
detik hitam dalam hidupnya, apabila bukan setakat dirogol, malah dipaksa
melayani nafsu serakah seorang lelaki berusia 82 tahun yang membayar ‘RM700’
untuk tujuan itu.
Selain melayan warga emas itu, remaja terbabit turut dipaksa
oleh perogolnya melayani nafsu dua lelaki secara bergilir di lokasi berasingan
dan dipukul jika engkar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Susulan aduan yang diterima, polis malam kelmarin, menahan
seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan sedang
berusaha mengesan individu lain yang turut terbabit merogol dan melacurkan
mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley
Jonathan Ringgit, berkata nasib malang menimpa gadis itu terbongkar selepas
laporan polis dibuat bapa mangsa berusia 55 tahun di Balai Polis Pusat Miri
pada Rabu lalu.
“Polis sudah memberkas seorang perogol yang terbabit
dan kini direman selama enam hari bermula hari ini,,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Miri untuk
pemeriksaan kesihatan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376, Kanun
Keseksaan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel