Connect with us

Berita Lain

Dia (Tun) Senyum Sepanjang Masa Sampai Balik – Mat Sabu


Suatu masa dahulu, kedua-dua tokoh ini pernah dianggap
sebagai musuh ketat dalam arena politik ketika masing-masing berada dalam
kerajaan dan pembangkang.
Siapa sangka selepas puluhan tahun, kedua-duanya berbaik
semula dan menjadi rakan akrab, malah kini berada dalam ‘satu kapal’ yang sama.
Itulah hubungan unik yang ditunjukkan Pengerusi Pakatan
Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas seterunya, Mohamad Sabu
yang kini merupakan presiden AMANAH.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, menerusi Facebook, Mohamad atau lebih mesra disapa
Mat Sabu memuat naik gambar beliau menerima kunjungan bekas perdana menteri itu
di rumahnya di Shah Alam.
Kedatangan Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr Siti
Hasmah disifatkan Mat Sabu sebagai tetamu istimewa.
Malah, selain Mat Sabu dan keluarganya, kedatangan Mahathir
juga disambut jiran-jiran kepada pemimpin AMANAH itu.



Menerusi gambar, Mat Sabu dilihat mengenakan apron
berlogokan AMANAH  ketika berada di dapur
bagi menyediakan hidangan kepada tetamu istimewa itu.

Antara lauk-pauk yang dihidangkan adalah nasi daging
kambing, salad, kambing goreng nampla, gulai ayam serta ikan masin goreng.
Bercakap kepada wartawan dalam sidang media hari ini, Mat
Sabu berkata bekas perdana menteri itu gembira dengan kunjungan ke rumahnya
semalam.
“Dia (Tun) senyum sepanjang masa sampai balik.
“Nanti saya buat makan-makan saya panggil wartawan datang,”
katanya sambil tertawa pada sidang media di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur.
Mat Sabu pernah menjadi musuh ketat Mahathir ketika
masing-masing berada dalam PAS dan Umno.
Malah bekas timbalan presiden PAS itu pernah dipenjarakan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Mahathir menjadi perdana
menteri.
Sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Mahathir juga tidak
berhenti menyerang dasar dan perjuangan PAS.

Bagaimanapun kedua-dua tokoh itu kini telah meninggalkan
parti asal mereka. Mahathir meninggalkan Umno untuk membentuk Parti Pribumi
Bersatu (BERSATU), manakala Mat Sabu keluar dari PAS untuk menubuhkan AMANAH.
Kedua-dua parti pembangkang itu kini menjadi parti komponen
HARAPAN dengan matlamat yang sama untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk
Seri Najib Razak. 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel