Connect with us

Berita Lain

Ditanduk Kerbau Naik Minyak


KUALA PILAH – Seorang lelaki maut setelah ditanduk kerbau
liar di Kampung Mungkal Seberang, di sini.
Mangsa, Mohd Shafat Bin Aminurdin, 22, maut di lokasi manakala
rakannya, Mohd Azren Shah Bin Yazif, berusia 27 tahun mengalami patah tangan
dan kaki.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Haslah Bachok, berkata,
kejadian telah berlaku jam 1.20 pagi di mana ahli keluarga salah seorang mangsa
menerima panggilan dari adiknya memaklumkan mereka telah ditanduk seekor kerbau
liar.
Katanya, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa telah memasuki
hutan jam 11 malam untuk mencari 28 ekor lembu ternakan untuk di bawa ke dalam
kandang, lapor Sinar online.
“Bagaimanapun, nasib tidak memihak kepada mereka
apabila dipercayai terserempak dengan seekor kerbau liar yang naik minyak
secara tiba-tiba lalu mengejar mereka kemudian menanduk kedua-duanya.
“Akibat kejadian itu, mangsa, Mohd Shafat meninggal
dunia ditempat kejadian dan rakannya, mengalami patah tangan dan kaki.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mohd Azren telah bertindak menghubungi abangnya bagi
memaklumkan kejadian ngeri itu dan ahli keluarganya telah mencari mereka di
dalam hutan,” katanya.
Menurutnya, ahli keluarga yang tiba di lokasi kejadian jam 3
pagi telah menemukan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.
“Ketika dijumpai, Mohd Shafat telah meninggal dunia
kerana kecederaan parah di bahagian perut.
“Pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah
(HTAN) telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan dibawa ke bilik
forensik manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital sama untuk
rawatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, kata Haslah, bedah siasat telah dilakukan
pada 17 September sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.
“Kes ini diklasifikasikan kematian mengejut,”
katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, dan
Keluarga, Datuk Norhayati Omar telah menziarah mangsa di HTAN.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel