Connect with us

Berita Lain

Dr Afif Bahardin Ketuai Pemuda Harapan Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan
(AMK), Dr Afif Bahardin memimpin barisan Pemuda Harapan Pulau Pinang.
Dr Afif yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri dipilih dalam Majlis Kepimpinan Pemuda
Pakatan Harapan Pulau Pinang yang bermesyuarat 10 Ogos yang lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Barisan kepemimpinan Pemuda Harapan turut dianggotai oleh
Ketua DAPSY,Foo Yu Keong, Ketua Armada Bersatu, Safwan Jamal, Ketua AMK Pulau
Pinang, Asrol Sani dan Ketua Pemuda Amanah, Saifullah Abdul Nasir sebagai
Timbalan Ketua Pemuda.
Dr Afif berkata, mesyuarat sebelum ini telah bersetuju untuk
mengukuhkan lagi pergerakan dan kerjasama sayap pemuda parti komponen Harapan
di negeri ini selain membincangkan dasar tentang gerak kerja dalam pilihanraya
termasuk program-program penerangan dan jelajah desa yang akan memberi
pencerahan mengenai matlamat Pakatan Harapan.
“Kita juga akan memberi tumpuan kepada pembentukan
struktur Pemuda Harapan Pulau Pinang yang dianggotai semua sayap parti komponen
dengan menampilkan pimpinan muda yang berintegriti dan mewakili suara pelbagai
kaum di negeri ini.
“Dengan penubuhan pemuda Harapan, Majlis Kepimpinan
Pemuda Pakatan Harapan akan memastikan keempat-empat sayap komponen parti
bersatu dan berusaha untuk matlamat kekalkan Pulau Pinang dan misi menawan
Putrajaya sekaligus menumbangkan BN di peringkat nasional,”katanya pada
sidang media di sini.
Dr Afif berkata, dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam
senario politik masa kini, pihaknya juga akan membuat ketetapan untuk
memberikan sokongan padu kepada setiap keputusan yang diamvil oleh kepimpinan
Pakatan Harapan di negeri ini mahupun peringkat pusat.
Katanya, pemuda Pakatan Harapan akan terus berjuang dan
bersuara untuk masa depan ganerasi muda dalam memghadapi ketidaktentuan ekonomi
dan realiti hidup dan dalam masa yang sama pihaknya turut menyeru anak muda
untuk bersama mencipta sejarah dan membawa perubahan untuk kehidupan yang lebih
lestari dengan Pakatan Harapan.

— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel